Sunday, November 25, 2007

Penemuan makara menulis semula sejarah Kepulauan Melayu

Video: Pasukan penyelidik UKM bongkar Tamadun Melayu





Kumpulan Arkeologi dan Carigali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuat satu penemuan penting dalam menentukan agama asal yang dianuti oleh penduduk awal Kepulauan Melayu.


Pasukan pengkaji ini yang diketuai oleh Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman telah turut dibantu oleh pakar carigali dari Jabatan Warisan Malaysia dan projek ini dibiayai oleh Jabatan Warisan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.


Tapak carigali tersebut yang terletak di Sungai Mas, Kedah, dipercayai merupakan satu kawasan penempatan di zaman silam yang telah dibangunkan pada abad ketujuh. Yang turut ditemui di situ ialah biji-biji manik, bekas tanah liat serta serpihan tembikar, tempayan granit, batu bersurat dengan ukiran tulisan tamadun Kadaha, runtuhan stupa Buddha serta penemuan terpenting, sebuah makara Buddha.


Penemuan makara ini sekaligus menolak teori awal Indianisasi Kepulauan Melayu kerana makara yang ditemui itu dikatakan telah dibuat pada kurun ketujuh, iaitu lama sebelum agama Hindu diperkenalkan di Kepulauan Melayu oleh para pedagang India. Makara itu mempunyai ciri-ciri Buddha dan ini seterusnya menolak teori bahawa agama Hindu merupakan agama asal nenek moyang kita.


Makara yang ditemui itu dipercayai diperbuat dari sebongkah batu yang diukir dalam bentuk satu makhluk kacukan ikan dan gajah, dua elemen haiwan yang berkuasa di laut dan darat lalu membentuk satu simbol kuasa yang memberi perlindungan kepada para penganutnya, menurut Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi.


Biasanya terdapat sepasang makara, tetapi kumpulan arkeologi yang diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi hanya menjemui sebuah saja. Beliau berharap akan dapat menemui pasangan makara itu dalam carigalinya di masa hadapan bagi melengkapkan koleksi makara tersebut.


Sungai Mas dipercayai ialah tapak sebuah kerajaan yang pesat berkembang pada masa tersebut. Kewujudan tamadun ini dapat dikesan dan dibuktikan sejak dari zaman prasejarah lagi. Ini juga telah membawa kepada penemuan yang tidak kurang hebatnya; bahawa terdapat sebuah tamadun yang agung sebelum Zaman Kesultanan Melayu Melaka.


Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi menambah, makara Hindu dan Buddha yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah unik dan tersendiri kerana ia tidak terdapat di tempat-tempat lain di seluruh dunia, termasuk di India dan China.


Makara ialah simbol manifestasi oleh penduduk tempatan terhadap unsur ketuhanan serta elemen alam sekeliling mereka. Budaya tempatan, haiwan serta elemen-elemen alam semula jadi diserap ke dalam agama baru mereka supaya dapat disesuaikan dengan penganutnya.


Penemuan makara di Sungai Mas, Kedah oleh sekumpulan penyelidik UKM bukan sahaja hebat, malah mampu mengubah sejarah tanah air kita. Kumpulan carigali ini kini sedang menunggu pelepasan serta tajaan baru untuk menyambung aktiviti arkeologi dan carigali dalam usaha untuk menjejak fakta dan membongkar cerita tentang keturunan nenek moyang di tanah air kita.

http://www.ukm.my/ukmportal/News/berita_makara.htm














An Archaeological and Excavation team from University Kebangsaan Malaysia (UKM) has made a groundbreaking discovery in determining the early religion of the early settlers of the Malay Archipelago. The team, led by Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman and supported by the archaeologists from the Department of Heritage Malaysia, and financed by the Department of Heritage, Ministry of Culture, Arts and Heritage, Malaysia.The excavation site, located at Sungai Mas, Kedah, is found as an ancient settlement area which dates to the 7th century. Found at the site are a number of ancient relics such as beads, pottery jars and parts of ceramics, a granite vat carved from a huge granite, stone tablets with Kadaha inscriptions, ruins of Buddhist Stupas and also the most profound finding among all, the Buddhist makara.The finding of the makara has ruled out the initial theory of Indianisation of the Malay Archipelago as the makara found at the excavation site is said to date to the 7th century, before the introduction of Hinduism by the early Indian merchants and travelers. The makara carries Buddhism properties, therefore, rules out the fact that Hinduism was the initial religion of our ancestors.The makara found is a stone carved to resemble a creature the combination of a fish and an elephant, the two icons of power in land and water, a deity to protect its believers from harm. According to Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi, a makara usually has its counterpart, another makara. In the future, Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi hopes to find the missing pair of the makara to complete the collection.Sungai Mas is also believed to be a full-fledged kingdom in the ancient past and the chronological sequence of the Sungai Mas kingdom site has been established from prehistory to the kingdom status, proving another fact; there was another flourishing civilization prior to the Malacca Sultanate.Prof. Dato’ Dr. Nik Hassan Shuhaimi further added that the Hindu and Buddhist makaras found in the Malay Archipelago are very distinct to this region as there are no other parts of this globe produce the makaras, not even in India or China. The makaras are the symbols of manifestation of the locals to the deities and the surrounding environment. Local cultures, the animals and natural elements were embedded into the new religion in order to adapt it to the new believers.The findings by the team are not only profound but they might change our history of this land. The excavation team is now waiting for a clearance and more funding to continue this archaeological and excavation research in order to establish more facts and stories of our ancient forefathers.

http://www.ukm.my/english/News/berita_makara.htm

Sunday, November 11, 2007

Laporan Khas: Banyak fakta dalam buku teks tidak relevan




Isnin, 12 November 2007
KUALA LUMPUR: Kandungan buku teks bagi beberapa mata pelajaran yang digunakan di sekolah sekarang tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa selain banyak kesalahan fakta, menyebabkan ia perlu dinilai semula. Beberapa tokoh ilmuwan termasuk ahli Panel Penilai Buku Teks, berkata penilaian semula itu penting bagi memastikan buku teks yang digunakan untuk pembelajaran memenuhi hasrat ke arah pembentukan modal insan yang cemerlang. Tokoh sejarah, Prof Datuk Dr Khoo Kay Kim, berkata, penelitiannya terhadap buku teks digunakan di sekolah menengah mendapati banyak kesilapan fakta yang mesti diperbetulkan bagi memastikan pelajar mendapat maklumat tepat.



Selain itu, katanya, gaya penulisan dalam buku teks sejarah sekolah menengah juga boleh dianggap mengecewakan kerana ia gagal menerangkan secara jelas sesuatu peristiwa secara terperinci. Beliau memberi contoh kesilapan fakta dalam buku teks sejarah Tingkatan Dua yang antara lain menceritakan mengenai peristiwa perjanjian Inggeris-Kedah membabitkan Francis Light dengan Sultan Kedah pada 1786. Sejarah menunjukkan tiada sebarang persefahaman atau perjanjian ditandatangani berhubung perkara itu kerana ia dibantah Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu, manakala pendudukan Francis Light di Pulau Pinang dibuat secara paksaan.
Selain itu, fakta yang menyatakan Negeri Selat hanya membabitkan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura juga tidak tepat kerana Dinding turut pernah dijadikan Negeri Selat sebelum diserahkan kepada kerajaan Perak pada 1936. "Penerangan bagi setiap topik sejarah yang diketengahkan juga tidak jelas menyebabkan pelajar hanya mengetahui sesuatu peristiwa secara asas dan menghafal fakta tanpa diperkukuhkan dengan kefahaman menyeluruh rentetan sebenar peristiwa. "Akibatnya, pelajar kurang minat subjek sejarah dan apabila mereka memasuki institusi pengajian tinggi, pengetahuan mereka sangat cetek malah ada yang gagal mengingati apa yang diajar di sekolah," katanya dalam satu pertemuan kepada Berita Harian, di sini. Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Empat dan Lima, Profesor Dr Hashim Musa, pula berkata buku teks subjek berkenaan yang digunakan sekarang, ditulis pada pertengahan 2000 dan dicetak pada 2002.



Justeru, banyak isu yang dimasukkan sudah kurang atau mungkin tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa terutama jika dinilai dalam konteks usaha menjayakan aspirasi negara membangunkan modal insan cemerlang. Beliau memberi contoh, perbincangan mengenai isu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memang sangat sesuai ketika itu tetapi ia sudah menjadi satu topik basi kerana negara kini bergerak ke satu tahap baru seperti pengenalan agropolitan dan projek luar bandar. "Sewajarnya, buku teks sebagai bahan utama penambah nilai di peringkat sekolah menerapkan perkara ini supaya masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja sedar mengenai pelbagai peluang yang ada di kawasan luar bandar," katanya. Pendapat itu turut disokong Ketua Panel Penilai buku teks Bahasa Malaysia tingkatan satu, Profesor Madya Dr Ahmad Mahmood Musanif yang berpendapat Bahagian Buku Teks, unit Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan Malaysia perlu sama-sama terbabit menyediakan buku teks. Katanya, punca utama guru tidak gemar menggunakan buku teks ialah kerana soalan peperiksaan yang disediakan tidak menjurus kepada bahan dalam buku teks, sedangkan mereka terpaksa memenuhi kehendak pelbagai pihak untuk memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan. "Jika soalan yang disediakan diambil daripada bahan atau sukatan pelajaran seperti di buku teks, pasti guru akan memaksimumkan penggunaannya dan ia sekali gus tidak merugikan pelaburan kerajaan menerbitkan buku teks," katanya. Sementara itu, hasil soal selidik yang dijalankan Berita Harian terhadap 170 guru di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Labuan dan Selangor mendapati 62 peratus daripada mereka memilih untuk kurang atau tidak menggunakan buku teks jika ada pilihan lain. Malah, kebanyakan guru terlatih dan mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya lima tahun itu, menyifatkan buku teks sebagai bahan bantu mengajar yang tidak mengikut isu semasa serta kurang latihan dalam mempersiapkan murid menghadapi peperiksaan.

Sunday, November 4, 2007

Kota-kota yang hilang

Kota Raja Kuala Ruman

Kota Raja Kuala Ruman, Sik, Kedah. Telah dilakarkan kepada saya oleh Muhammad bin Jusoh50, di Pondok Zawiyah, Kampung Kok Raja. lakaran ini seperti yang beliau lihat pada zaman dahulu.

Kota ini dibina dari tanah dengan kepungan yang mengelilingi keluasan lebih kurang 14 Relung. Di sini masih terdapat pohon-pohon durian milik raja zaman dahulu.

Kini kota tanah bersejarah ini telah tiada kerana tanahnya telah diambil untuk menambun padang sekolah.

- terima kasih kepada Muhammad bin Jusoh


Kota Pinang Tunggal

Menurut Cikgu Ahmad bin Hashim (Ahmad bin Hashim bin Said bin Jusuh, Pekan Rabu) beliau sempat melihat sendiri kota tersebut satu ketika dahulu dan melakarkannya seperti berikut:



Menurut cikgu Ahmad lagi, sekitar makam purba tersebut terdapat bata-bata zaman dahulu (seperti bata-bata merah di candi Lembah Bujang) dan berserakan dan kesan-kesan dermaga perlabuhan kapal pernah dilihat berada di bawah jambatan keretapi.

Dr. Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim Nasir dalam Epigrafi Islam terawal di Nusantara menyatakan penemuan serpihan tembikar batu-bata dan ketul batu merah di situ. Tidak jauh dari kg. Tok Soh terdapat kota yang dikelilingi parit dalam, melebar sepuluh hingga 15 meter.[1] Kini tapak kota tersebut telah dibina loji pembersihan air.

Sedikit catatan diperolehi daripada Makam yang tidak bertarikh dan nama yang diukir ayat al-Quran sebagai tanda kemenangan:
[1] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir 1990, Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal 45





Terjemahannya:
Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad Pesuruh Allah
Sesunguhnya Kami Memberikan kepadamu kemenangan yang nyata (al-Fath: 1)
Allah menjadi saksi, dia tidak ada tuhan selain Dia
Oran-orang yang berilmu, sebagai melaksanakan keadilan (Ali- Imran:18)
Inilah satu kemenangan segera, dan kamu menggembirakan dan menunjukkannya (al-Saf:13)[1]


- terima kasih Cikgu Ahmad bin Hashim
[1] Dr Othman Mohd Yatim dan Abdul Halim Nasir 1990, Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Hal 44
Kota Burha Padang Kerbau



Kota Burha Padang Kerbau ini telah dilakarkan oleh Che Alin@ Abdullah bin Ahmad 60, kepada saya ketika menjejaki kota-kota purba di Kedah.

Ia dibina dua lapis dari tanah yang ditambun meninggi. Akan tetapi hampir keseluruhannya telah tiada walaupun masih ada sedikit kesan-kesannya.

- terima kasih Che Alin bin Ahmad