Tuesday, October 23, 2007

Buku: Asas Perbendaharaan Kata Siam Kedah

(Klik pada gambar untuk resolution yang lebih jelas)


Sekilas Pandang

Bahasa Siam Kedah ini asalnya siap ditulis dan dikumpul oleh Nai Muhammadan pada 18/9/1986, jam 4 petang. Ia mengandungi banyak perkataan dan rangkai kata Siam lama yang ada antaranya hampir dilupakan. Di samping itu beliau sertakan banyak contoh ayat yang sangat membantu kita memahami perkataan dan frasa dengan wajar dan tepat. Kumpulan bekas tangan beliau telah saya susun kembali dengan menggunakan huruf dan simbol seperti mana dalam pelajaran Bahasa Thai hari ini. Saya juga turut menambah beberapa perkataan Siam hasil dari penyelidikan saya dari beberapa orang responden di Mukim Tualang, Kedah. Terdapat perkataan yang sama dan hampir dengan Bahasa Melayu umpamanya chēkhā: - jaga, kērētā - kereta, kāsōut - kasut, cāng rī:t - cengkerik dan lain-lain lagi.

Agak sukar bertutur loghat Siam ini dengan betul, namun simbol-simbol untuk nada bagi setiap perkataan Siam ini berdasarkan anggaran bunyi yang disebut oleh responden penutur bahasa Siam yang fasih. Oleh itu untuk mempelajari bahasa Siam Kedah dengan buku ini seharusnya diiringi dengan pembimbing.

Pada suatu ketika dahulu memang terdapat sebilangan masyarakat yang memakai gaya hidup segala-galanya seperti Melayu namun bertutur bahasa Siam; bahkan tidak pandai bahasa Melayu. Hingga hari ini saya masih berpeluang menemukan orang Melayu yang tidak pandai berbahasa Melayu tersebut. Namun selepas 1957 penutur bahasa Siam ini berkurang selepas bergaul dengan masyarakat lain dan menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan. Bahasa Melayu yang dipertuturkan mereka pun adalah loghat Siam.

Asas Perbendaharaan Kata Siam Kedah turut mengandungi beberapa istilah dan perkataan Melayu dialek utara seperti awat, kawa’, kerekot, hangku.

Naim Firdausi

(Ketua Penyelenggara)

Kuala Lumpur, Malaysia

16 Oktober 2007


Segenggam Emas Sekalung Budi

Hidup bangsa hiduplah bahasa kerana jiwa sesebuah bangsa di nilai dari bahasanya. Perbendaharaan Kata Siam-Kedah ini adalah merupakan asas kepada pengenalan sejarah bahasa dan perlu di beri perhatian kerana pernah menjadi bahasa istana di suatu ketika dahulu. Diharap asas yang sebagai permulaan ini sedikit sebanyak dapat menarik ramai peminat bahasa dan pengkaji untuk terus menyambung kesinambungan bahasa ini dengan lebih jauh lagi. Tidak lupa juga kepada semua yang membantu menjayakan buku ini , di ucapkan berbanyak terima kasih atas segala bantuan yang telah diberi. Istimewa untuk anak-anak dan isteri tercinta, terima kasih kerana sokongan dan kesabaran yang tinggi sehingga membuahkan asas perbendaharaan kata ini. Di akhir kata terima kasih buat bonda Salmah Hashim semoga Allah merahmati bonda sentiasa. Kepada semua pembaca terima kasih tak terhingga kerana sokongan anda dan terimalah ingatan dari saya :

Bahasa kalau pandai dipelihara malah ia lebih berharga dari permata

Qorie Afifi

Kayu Bangun-Kg. Naa pija


Nada

Menyebut perkataan Siam perlu dibunyikan dengan intonasinya. Kesilapan intonasi boleh memberi makna yang berlainan.


Simbol pada vokal

Tanda bunyi dalam bahasa Thai

Nama dalam bahasa Thai

1.

ā, ē, ī, ō, ū

mendatar

-

สามัญ

sa:man

2.

à, è, ì, ò, ù

rendah

-

ไม้เอก

mai e:k

3.

â, ê, î, ô, û

menurun

-

ไม้ โต

mai tho:

4.

á, é, í, ó, ú

tinggi

-

ไม้ ตรี

mai tri:

5.

ă, ě, ĭ, ŏ, ŭ

meninggi

-

ไม้ จัตวา

mai jat ta:wa:

Kependekan

adj. adjektif
cth. contoh
k.b. kata bantu
k.g. kata ganti
k.h. kata hubung
kkt. kata keterangan
k.k. kata kerja
k.n. kata nama
k.s.n. kata sendi nama
sr. seruan

ung. Ungkapan