Monday, March 2, 2009

Filem QUEEN OF LANGKASUKA





Sebuah filem yang saya tonton dalam bahasa Thailand menampilkan watak Ratu/Raja Hijau, Ratu/Raja Unggu dalam institusi pentadbiran kerajaan Langkasuka. Beberapa tokoh yang lain turut muncul seperti Sultan Sulaiman Singora dan putera Raja Pahang.


Sultan Sulaiman Singora


Penggunaan teknik moden banyak membantu penataan filem ini menjadi cantik dan fantasi.

Namun budaya Melayu masih kurang menyerlah dan hampir serupa dengan filem Thai yang lain seperti perkampungan Melayu kuno menyaksikan penduduknya tidak berbaju dan penerapan beberapa aksi khayalan seolah-olah cuba meniru filem Harry Potter, pirate of the carrabian dan lain-lain lagi. Aksi-aksi romantis sepertimana filem Thai yang lain tidak ditinggalkan.


Ratu Langkasuka

Bermula kisah kerajaan Langkasuka tidak mempunyai pakar membuat meriam dan meletakkan kota istana Langkasuka dalam bahaya apabila diserang musuh. Ratu bertitah: คำพูดของพระนาง เห็นได้ชัดว่าลังกาสุกะของเราไม่มีปัญญาสร้างปืนใหญ่แสนยานุภาพได้เอง bermaksud kita tidak punyai cerdik pandai untuk membuat meriam.....

Situasi mencemaskan ini lebih parah apabila lanun menyamun di perairan berhampiran kota istana. Muncul pula beberapa wira seperti Pari yang pernah menuntut ilmu dari seorang petapa. Akhir kisah ini kota Langkasuka didatangi kapal-kapal musuh dan jelmaan beberapa wira akhirnya menyelamatkan kedaulatan kota istana Langkasuka dari ditawan musuh.

Langkasuka pernah dicatat sebuah kerajaan yang berdaulat seperti catatatan Prapanca yang mengarang syair berjudul Nagarakartagama pada tahun 1365, mencatatkan ketika pemerintahan Hayam Wuruk, dan menterinya Pateh Gajah Mada, negeri-negeri di bawah kekuasaan Majapahit antara lain ialah Langkasuka, Hujung Madini Tringgano (Terengganu), Kelanten (Kelantan), Sai (Saiburi), Paka, Dungun, Temasik, Kelang, Sang Hyang Hujung (Sungai Ujong) dan Kedah.

Namun begitu hubungan ini tidak dapat digalurkan dengan jelas kerana setakat ini bahannya sangat terhad [Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 2.]

Dalam Tarikh Patani kerajaan Langkasuka disebut sebagai:

"......kerana negeri Patani waktu itu namanya belum jadi Patani, lakin (namun) tentu daerah Patani ini besar perlabuhan dan masyhur rata-rata alam dan rata Songora/Singora dan Ligor itu duduk di bawah raja Patani kerana waris raja Langkasuka di Kedah beri amaran perintah di sebelah laut bagi Syams supaya berniaga dengan orang Khmer dan Bugis dan Jawa dan Bali...."






Perkahwinan paksa Ratu Hijau dengan Putera raja Pahang






Istana Purba kerajaan Langkasuka




Romantis, watak wira bernama Pari bersama kekasihnya di sebuah kampung


Cemas.. Ratu kerajaan Langkasuka melihat meriam negara pecah