Saturday, May 12, 2007

Penemuan tinggalan kesan-kesan binaan purba di Gunung Jerai


29 Mei 2006, pelajar MRSM melawat tapak bersejarah ini


Halaman depan, kelihatan laman tangga dan tiang.


Pandangan dari laman, anak tangga ke satu jangkah kemudian anak tangga lagi

Di laman dan kedudukan tinggi jangkah

Batu pelapik tiang

Batu pelapik tiang



Batu pelapik tiang
Batu pelapik tiang

Seketul batu mempunyai bentuk yang agak unik


Penemuan tinggalan kesan-kesan binaan purba di Gunung Jerai
Naim Firdausi
naim_firdausi@yahoo.co.uk


Ekavuasi pihak arkeologi di puncak gunung Jerai pada tahun 1921 menemukan 9 tiang berdiri sejajar dan beberapa blok batu granit serta bata. Tapak tersebut dikenali sebagai candi tapak 9. Namun dalam pengetahuan saya di kilometer 3 Gunung Jerai terdapat sebuah tapak yang kelihatan berdirinya beberapa pelapik tiang, tangga dan laman yang dibina dari batu gunung bewarna agak putih dan sejenis simen. Tinggalan ini dipercayai istana atau sebuah bangunan yang tidak terdapat dalam catatan sejarah. Kedudukannya yang sudah senget sebelah menggambarkan ia sudah berusia beratus-ratus tahun atau mungkin juga ribuan tahun. Di sebelah kanan terdapat bulatan yang disusun batu sekelilingnya. Bahagian tengah adalah simen yang agak rata, apabila diselak daun-daun kering dan akar pokok ia mempunyai garisan-garisan geometri yang agak cantik tetapi tidak diketahui kegunaannya. Di temui juga sebatang jalan menghala ke puncak gunung. Di sebelah kiri tapak bangunan ini kelihatan sungai yang mengaliri darinya air yang jernih dan di seberangnya satu jalan gajah menghala ke kaki gunung. Dari pandangan mata kasar keluasan kompleks bangunan ini dianggarkan melebihi 3 ekar. Saya sudah memaklum dan mengirim gambar-gambar tinggalan tapak bangunan ini kepada pihak Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Pihak Arkeologi tidak memberi apa-apa ulasan tetapi saya masih menunggu jawapan daripada mereka. Daripada cerita buah bibir penduduk kampung, tapak bangunan ini dibina oleh Tunku Abdul Rahman sebagai rumah rehat. Namun cerita ini diragui kerana usia tinggalan ini terlalu tua dan rumah rehat Tunku Abdul Rahman yang sebenar berada di bukit Choras. Pakar sejarah Kedah Dato Ismail bin Haji Salleh di dalam Sejarah Kemasukan Islam di Kedah dan Perkembangannya menceritakan Merong Mahawangsa dikatakan pernah membina istana di timur Gunung Jerai tetapi ahli sejarah belum menemuinya. Raja Kedah pertama memeluk Islam ialah Raja Pra Ong yang menukar nama baginda kepada Sultan Mudzafar Syah. Sultan Muzaffar Syah memerintah supaya candi di Puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan sebuah masjid dengan menaranya didirikan di situ. Syeikh Abdullah Yamani menjadi mufti pertama di Negeri Kedah. Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1179 Masihi setelah memeluk Islam selama 44 tahun. Di puncak Gunung Jerai terdapat "Padang Tok Syeikh" iaitu tapak masjid yang didirikan di zaman Syeikh Abdullah Yamani. Masih terdapat juga "Telaga Tok Syeikh" tempat beliau mengambil air sembahyang dan sekeping batu rata seperti permukaan meja yang dipanggil "Sejadah Tok Syeikh" tempat beliau bersembahyang. Kononnya ada gua dipanggil "Gua Tok Syeikh" di Gunung Jerai tempat orang sembahyang Jemaah. Di dalam gua itu masih boleh dilihat orang berdiri betul, ruku' dan sujud dan dalam pelbagai rupa orang bersembahyang tetapi semuanya batu, kaku dan berlumut. Pihak berkuasa perlu segera datang dan menilai kawasan tersebut sebagai kawasan bersejarah yang perlu dikonservasi.

Tuesday, May 8, 2007

Penemuan Keramat Tok Tekai

Penemuan Keramat Tok Tekai Mukim Kurong Hitam
oleh: Naim Firdausi


Makam keramat Tok Tekai dan anaknya Che Wan

------------------------------------------------------------------------------------


Makam keramat Tok Tekai dan anaknya Che WanSebuah nisan kayu yang tinggi dan agak besar dipanggil orang makam Keramat Tok Tekai di tanah perkuburan lama Kurong Hitam. Dalam tahun 70 an Nisan dari kayu Sena itu di perbuat semula setelah nisan kayu lamanya mereput. Seramai 30 orang cuba mengangkat nisan kayu itu tetapi tiada ia dapat ditegakkan sehinggalah waris Tok Tekai datang membantu. Maka kedua nisan-nisan itu berjaya berdiri dan dipacak dalam lubang yang disediakan.

Tidak diperolehi maklumat tepat ketokohan Tok Tekai itu. Beliau dikatakan seorang ulama yang datang ke situ membuka penempatan dan membina sebuah masjid kayu yang dipanggil orang masjid Tok Tekai. Antara peninggalan Tok Tekai ialah Kitab Zikir Rabu dan Jumaat, peralatan masjid dan alat-alat permainan gendang. Salinan manuskrip Zikir Rabu dan Jumaat sudah diperolehi untuk kajian saya.


Kisah sebuah makam bernisan Aceh di sebuah pulau tengah sawah padi terasing dari tanah perkuburan lama. Dikisahkan orang-orang di situ bahawa ia adalah Che Wan, anak perempuan Tok Tekai yang dituduh berzina dengan anak angkat Tok Tekai lantas dijatuh hukum bunuh kedua-duanya oleh Tok Tekai Sendiri.


Kedua-dua mereka ditanam mengadap antara satu sama lain. Tetapi beberapa hari kemudian apabila kubur mereka digali semula kedudukan mereka berubah iaitu berpaling antara satu sama lain menandakan tertuduh tidak bersalah. Demikianlah pengkisahan sejarah Tok Tekai dan anaknya di Kurong Hitam, Wallahu A’lam. Kawasan ini sepatutnya dipagar sebagai tempat bersejarah.


Keramat Tok Tekai Tengku Muhammad Chan Cau Pija Si Thammarat
Makam keramat Tok Tekai Tengku Muhammad Chan Cau Pija Si Thammarat
----------------------------------------------------------------------------------------


Makam keramat Tok Tekai Tengku Muhammad Chan Cau Pija Si ThammaratFasal pada menyatakan nama Mat Sirat ialah Tengku Muhammad Chan Cao Pija Si Thammarat ibni Tengku Long Taha ibni Tengku Long Putra. Beliau dipanggil juga dengan nama Tok Tekai maksudnya saudagar. ‘Mat Sĕ Rat’ adalah dari perkataan ‘Sĕ’ bererti harimau dan ‘Rat’ singkatan dari Cau Pija Si Thammarat. Makam Mat Serat ditemui di atas bukit Permatang Harimau (sekarang Permatang Limau).

Mat Serat di zaman Sultan Jaafar Madazam Syah adalah Panglima perang yang memimpin ribuan tentera dari Langkawi menyerang kedudukan Inggeris dan Thai di Kedah. Adapun tentera Mat Serat terdiri daripada Siam, Melayu dan Cina samada Islam atau bukan Islam dari negara China. Sebab itulah di kaki bukit Permatang Harimau pernah ditemui orang tulisan Cina pada batu dan tengkorak sekali dengan tulang rangka manusia ketika pembinaan jalan raya sekaligus memusnahkan jirat Cina itu. Terdapat juga bekas seperti tapak kaki harimau atas batu di Bukit Permatang Harimau.
Gelaran Tok Tekai atau saudagar adalah kerana beliau ada membuat perusahaan arang untuk kapal-kapal dari negara China di Kampung Alor Cina. Kawasan ini sepatutnya dipagar sebagai kawasan bersejarah.
Wallahuaklam