Saturday, May 12, 2007

Penemuan tinggalan kesan-kesan binaan purba di Gunung Jerai


29 Mei 2006, pelajar MRSM melawat tapak bersejarah ini


Halaman depan, kelihatan laman tangga dan tiang.


Pandangan dari laman, anak tangga ke satu jangkah kemudian anak tangga lagi

Di laman dan kedudukan tinggi jangkah

Batu pelapik tiang

Batu pelapik tiang



Batu pelapik tiang
Batu pelapik tiang

Seketul batu mempunyai bentuk yang agak unik


Penemuan tinggalan kesan-kesan binaan purba di Gunung Jerai
Naim Firdausi
naim_firdausi@yahoo.co.uk


Ekavuasi pihak arkeologi di puncak gunung Jerai pada tahun 1921 menemukan 9 tiang berdiri sejajar dan beberapa blok batu granit serta bata. Tapak tersebut dikenali sebagai candi tapak 9. Namun dalam pengetahuan saya di kilometer 3 Gunung Jerai terdapat sebuah tapak yang kelihatan berdirinya beberapa pelapik tiang, tangga dan laman yang dibina dari batu gunung bewarna agak putih dan sejenis simen. Tinggalan ini dipercayai istana atau sebuah bangunan yang tidak terdapat dalam catatan sejarah. Kedudukannya yang sudah senget sebelah menggambarkan ia sudah berusia beratus-ratus tahun atau mungkin juga ribuan tahun. Di sebelah kanan terdapat bulatan yang disusun batu sekelilingnya. Bahagian tengah adalah simen yang agak rata, apabila diselak daun-daun kering dan akar pokok ia mempunyai garisan-garisan geometri yang agak cantik tetapi tidak diketahui kegunaannya. Di temui juga sebatang jalan menghala ke puncak gunung. Di sebelah kiri tapak bangunan ini kelihatan sungai yang mengaliri darinya air yang jernih dan di seberangnya satu jalan gajah menghala ke kaki gunung. Dari pandangan mata kasar keluasan kompleks bangunan ini dianggarkan melebihi 3 ekar. Saya sudah memaklum dan mengirim gambar-gambar tinggalan tapak bangunan ini kepada pihak Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Pihak Arkeologi tidak memberi apa-apa ulasan tetapi saya masih menunggu jawapan daripada mereka. Daripada cerita buah bibir penduduk kampung, tapak bangunan ini dibina oleh Tunku Abdul Rahman sebagai rumah rehat. Namun cerita ini diragui kerana usia tinggalan ini terlalu tua dan rumah rehat Tunku Abdul Rahman yang sebenar berada di bukit Choras. Pakar sejarah Kedah Dato Ismail bin Haji Salleh di dalam Sejarah Kemasukan Islam di Kedah dan Perkembangannya menceritakan Merong Mahawangsa dikatakan pernah membina istana di timur Gunung Jerai tetapi ahli sejarah belum menemuinya. Raja Kedah pertama memeluk Islam ialah Raja Pra Ong yang menukar nama baginda kepada Sultan Mudzafar Syah. Sultan Muzaffar Syah memerintah supaya candi di Puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan sebuah masjid dengan menaranya didirikan di situ. Syeikh Abdullah Yamani menjadi mufti pertama di Negeri Kedah. Sultan Muzaffar Syah mangkat pada 1179 Masihi setelah memeluk Islam selama 44 tahun. Di puncak Gunung Jerai terdapat "Padang Tok Syeikh" iaitu tapak masjid yang didirikan di zaman Syeikh Abdullah Yamani. Masih terdapat juga "Telaga Tok Syeikh" tempat beliau mengambil air sembahyang dan sekeping batu rata seperti permukaan meja yang dipanggil "Sejadah Tok Syeikh" tempat beliau bersembahyang. Kononnya ada gua dipanggil "Gua Tok Syeikh" di Gunung Jerai tempat orang sembahyang Jemaah. Di dalam gua itu masih boleh dilihat orang berdiri betul, ruku' dan sujud dan dalam pelbagai rupa orang bersembahyang tetapi semuanya batu, kaku dan berlumut. Pihak berkuasa perlu segera datang dan menilai kawasan tersebut sebagai kawasan bersejarah yang perlu dikonservasi.

3 comments:

ahazeman said...

nice picture. why they want hide truth?

azrialiasbob said...

Salam,
Minta Tuan Upload gambar ni balik sebab link ke Geocities tu dah mati.Sangat sangat ingin melihat gambar gambar kesan binaan purba di Gunung Jerai

azrialiasbob said...

Assalamualaikum
Minta Pihak Tuan Upload semula gambar gambar tinggalan purba di Gunung Jerai.Saya amat ingin melihatnya tapi malangnya link ke geocities itu telah mati.