Monday, March 2, 2009

Filem QUEEN OF LANGKASUKA





Sebuah filem yang saya tonton dalam bahasa Thailand menampilkan watak Ratu/Raja Hijau, Ratu/Raja Unggu dalam institusi pentadbiran kerajaan Langkasuka. Beberapa tokoh yang lain turut muncul seperti Sultan Sulaiman Singora dan putera Raja Pahang.


Sultan Sulaiman Singora


Penggunaan teknik moden banyak membantu penataan filem ini menjadi cantik dan fantasi.

Namun budaya Melayu masih kurang menyerlah dan hampir serupa dengan filem Thai yang lain seperti perkampungan Melayu kuno menyaksikan penduduknya tidak berbaju dan penerapan beberapa aksi khayalan seolah-olah cuba meniru filem Harry Potter, pirate of the carrabian dan lain-lain lagi. Aksi-aksi romantis sepertimana filem Thai yang lain tidak ditinggalkan.


Ratu Langkasuka

Bermula kisah kerajaan Langkasuka tidak mempunyai pakar membuat meriam dan meletakkan kota istana Langkasuka dalam bahaya apabila diserang musuh. Ratu bertitah: คำพูดของพระนาง เห็นได้ชัดว่าลังกาสุกะของเราไม่มีปัญญาสร้างปืนใหญ่แสนยานุภาพได้เอง bermaksud kita tidak punyai cerdik pandai untuk membuat meriam.....

Situasi mencemaskan ini lebih parah apabila lanun menyamun di perairan berhampiran kota istana. Muncul pula beberapa wira seperti Pari yang pernah menuntut ilmu dari seorang petapa. Akhir kisah ini kota Langkasuka didatangi kapal-kapal musuh dan jelmaan beberapa wira akhirnya menyelamatkan kedaulatan kota istana Langkasuka dari ditawan musuh.

Langkasuka pernah dicatat sebuah kerajaan yang berdaulat seperti catatatan Prapanca yang mengarang syair berjudul Nagarakartagama pada tahun 1365, mencatatkan ketika pemerintahan Hayam Wuruk, dan menterinya Pateh Gajah Mada, negeri-negeri di bawah kekuasaan Majapahit antara lain ialah Langkasuka, Hujung Madini Tringgano (Terengganu), Kelanten (Kelantan), Sai (Saiburi), Paka, Dungun, Temasik, Kelang, Sang Hyang Hujung (Sungai Ujong) dan Kedah.

Namun begitu hubungan ini tidak dapat digalurkan dengan jelas kerana setakat ini bahannya sangat terhad [Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971, hlm. 2.]

Dalam Tarikh Patani kerajaan Langkasuka disebut sebagai:

"......kerana negeri Patani waktu itu namanya belum jadi Patani, lakin (namun) tentu daerah Patani ini besar perlabuhan dan masyhur rata-rata alam dan rata Songora/Singora dan Ligor itu duduk di bawah raja Patani kerana waris raja Langkasuka di Kedah beri amaran perintah di sebelah laut bagi Syams supaya berniaga dengan orang Khmer dan Bugis dan Jawa dan Bali...."






Perkahwinan paksa Ratu Hijau dengan Putera raja Pahang






Istana Purba kerajaan Langkasuka




Romantis, watak wira bernama Pari bersama kekasihnya di sebuah kampung


Cemas.. Ratu kerajaan Langkasuka melihat meriam negara pecah

12 comments:

donmny said...

.....lama menghilang

Zulkifli Ramli said...

Satu info yg menarik.
bagaimana ingin mendapatkan DVD nya?

amerr said...

good info, lama sungguh nak kluag satu-satu

rousyan said...

sejarah bukanlah suatu hal yang membosankan jika dibingkis dalam kemasan menarik seperti film tersebut dan juga disertai dengan pembahasannya melalui artikel ini.
subhanallah..
keep writing, akh naim!
allahu yarham

Anonymous said...

Kat wikipedia dia cakap filem ni ialah ...loosely based maksudnya asasnya cerita kerajaan patani tapi dia dah tambah macam2. Tak tahulah pengarahnya buat macamana sebab saya tak faham bahasa thai. Tapi apa yang saya baca sebelum ni ialah armada laut yang dihancurkan oleh meriam patani ni armada laut siam. Dan negeri pattani pun terkenal dengan pembuatan meriamnya sampai kerajaan2 di nusantara ni beli kat kerajaan pattani. Siam pun dah beratus tahun nak tawan pattani tapi tak dapat2. tapi kalau tak salah lepas pemerintahan seorang raja perempuan, pattani kalah dengan siam sampai banyak pahlawan kelantan, terengganu dan kedah yang tolong kerajaan pattani ni lari balik ke negeri masing2. Meriam besar yang jadi lambang pattani tu di bawa ke bangkok letak jadi penghias pintu gerbang istana raja thai sampai sekarang.

Nazmy Mohamed said...

aku knal salah sorang plakon...ananda everingham, hero yg blakon dlm filem "shutter", mamat ni kacukan australian-laotian(Laos)

Anonymous said...

lama tul x dpt contact naim. saya dah lost no tepon naim. banyak bende baru yg saya nak ckp dgn naim tp x brkesempatan. tlg kasi no tepon....

shawn jitra

Koboi BM said...

U Tie Nai Naim ? Pls contatct me via my email. Khop khun kap...

EngkuSyed said...

salam

saya berasal daripada kerabat diraja patani. biarlah saya ceritakan serba sedikit daripada maklumat yg saya perolehi daripada orang2 tua keluarga saya. sebenarnya langkasuka sama dengan kerajaan patani. tetapi patani bukanlah nama yg mutlak kerana negeri patani juga terletak di bawah tanah kekuasaan langkasuka. kerajaan langkasuka sinonim dengan kerajaan kedah tua. dan kemungkinan kerajaan langkasuka dan kerajaan kedah tua adalah sama. mengikut orang2 tua keluarga saya, meriam ini bukanlah dibuat oleh orang cina, tetapi orang melayu sendiri. terdapat dua buah meriam besar iaitu meriam seri patani dan satu lagi dah lupa namanya. semasa berlaku peperangan dengan tentera siam, kedua2 meriam ini lah yg telah menyelamatkan langkasuka dan telah membunuh beribu-ribu tentera siam. semasa keluarga diraja kelantan mengambil alih kerajaan patani kecil iaitu lima buah negeri melayu di selatan Thai(kerajaan inilah yg dinamakan patani), raja-rajanya begitu lemah dan akhirnya saki-baki kerajaan langkasuka mulai jatuh ke tangan siam. semasa kerajaan patani terakhir jatuh secara total, dua buah meriam besar ini cuba diangkut ke siam dengan kapal. oleh kerana meriam ini terlalu besar dan berat, maka salah satu daripadanya telah tenggelam di dasar lautan di teluk siam. dan salah satunya masih megah berada di luar bangunan kementerian pertahanan thailand.

berkenaan cerita ini, memang telah banyak yg diubah. namun beberapa elemen kemelayuan masih diterapkan. antara yg diubah ialah penampilan raja hijau (atau nang cayang dalam sebutan langkasuka) memakai tande atau bintik pada dahinya. ini mirip kepada agama hindu sedangkan raja hijau tidak begitu. keduanya, adik raja hijau yakni raja ungu sebenarnya memang benar2 sukakan putera pahang dan watak paree tidak wujud. ketiga, langkasuka tidak pernah diserang lanun secara berdepan kerana kerajaan ini sangat besar meliputi lima negeri selatan thai( yala, narathiwat, patani, satun dan hatnyai), kedah, perlis, pulau pinang, dan memanjang hingga ke segenting kra. kelantan dan terengganu berada di bawah naungannya.langkasuka juga tidak pernah dikuasai atau dinaungi oleh majapahit kerana kerajaan majapahit pada masa itu mengalami kemerosotan. oleh itu langkasuka banyak kali diserang oleh siam. keempat seperti yg dinyatakan oleh penulis ialah memaparkan perkampungan siam sebenarnya bukannya perkampungan melayu kuno.kelima, meriam besar tersebut dibina sebanyak dua buah, dan bukan dicipta oleh orang cina tetapi sebaliknya orang melayu sendiri. kelima, raja hiaju bukanlah mati semasa perang, baginda mati sakit tualah. dan banyak lagi keenam, ketujuh, kelapan dan seterusnya

Ibnu Rusydi said...

Assalamualaikum & salam perkenalan,

Tuan, sebenarnya filem ini mengenai Patani, bukan Langkasuka. Judul asalnya pun Queen of Pattani, sebelum ditukar sebab kekacauan yang berlaku kat kawasan selatan Siam. Boleh view juga artikel saya tentang filem ni di http://ibnurusydi.blogspot.com/2009/11/cerita-lama-filem-queen-of-langkasuka.html

thenone said...

apa2 pung filem queens of langkasuka ni lagi best dari puteri gunung gendang...

filem2 thai boleh dikatakan lebih bermutu dari filem2 melayu zaman skang.. bagi aku dari aku tgk filem melayu era 90an dan skang baik aku tgk filem melayu era 80an kebawah nak2 filem p. ramlee and the geng lagi best.. filem melayu skang yg aku respek filem budak kelantan, bukan sebab aku org kelantan(org pahang) tp sebab filem tu mmg best..

org filem malaysia kena belajar atau tiru siam buat filem.. terutama filem2 aksi contoh ong bak, selepas era eman manan, filem aksi seni silat melayu cam hampess, nak2 yg rusdi ramli berlakon citer silat hong kong lagi laa hampess...

malu laa weh siam buat cerita epik sejarah melayu(walaupon ada unsur rekaan) tp lagi best dr melayu sendiri..

thenone said...

apa2 pung filem queens of langkasuka ni lagi best dari puteri gunung gendang...

filem2 thai boleh dikatakan lebih bermutu dari filem2 melayu zaman skang.. bagi aku dari aku tgk filem melayu era 90an dan skang baik aku tgk filem melayu era 80an kebawah nak2 filem p. ramlee and the geng lagi best.. filem melayu skang yg aku respek filem budak kelantan, bukan sebab aku org kelantan(org pahang) tp sebab filem tu mmg best..

org filem malaysia kena belajar atau tiru siam buat filem.. terutama filem2 aksi contoh ong bak, selepas era eman manan, filem aksi seni silat melayu cam hampess, nak2 yg rusdi ramli berlakon citer silat hong kong lagi laa hampess...

malu laa weh siam buat cerita epik sejarah melayu(walaupon ada unsur rekaan) tp lagi best dr melayu sendiri..