Saturday, May 2, 2009

Jawi Lama

Jawi Lama.



Tulisan Jawi di kepulauan Indonesia dikenali sebagai tulisan Arab Melayu dan ditemui tertulis pada naskah-naskah manuskrip lama dan prasasti-prasasti. Daripada penelitian terhadap tulisan-tulisan ini dapatlah kita menjejak kembali asalnya perkataan Melayu, kata pinjaman, dan istilah-istilahnya. Jawi lama agak susah dibaca dan dipengaruhi juga dengan dialek daerah dan negeri. Ahli Filologi perlulah mengetahui latar belakang penulis, mengapa manuskrip itu ditulis, peristiwa di zaman tersebut dan beberapa hal lain yang perlu dipertimbangkan. Di sini saya cuba bawakan beberapa perkataan Melayu lama yang berusia lebih dari seratus tahun.


هارواهارا
Harua Hara = Huru Hara. Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapannya pernah menyebut perkataan 'hara huru', namun sekarang perkataan Huru Hara telah menggantikan perkataan ini.


Maka beberapa lamanya baginda itu kerajaan di Berahman Indera maka datanglah taqdir Allah ta’ala harua hara di negeri Perak ini…..



کوالا کعسو
Bacaan di atas kelihatan seperti Ke Kuala Kangsu = Ke Kuala Kangsar


استان
Istana
Berasal dari kalimah Parsi Oston آستان
Yang bermaksud negeri, namun Melayu memaknainya sebagai kediaman institusi Diraja


Syah
Berasal dari kalimah Parsi, bermaksud Raja, Sultan
Dalam bahasa Arab bermaksud kambing


Tertulis di atas sebagai Dua Lapan, namun sebenarnya Dulapan atau Delapan
Bermaksud Lapan; 8
Menurut Wan Muhammad Saghir, ada sejarawan barat tersalah membacanya sebagai Dua Lapan dan menterjemahkannya sebagai dua puluh lapan. Perkataan dulapan ini sering ditemui dalam kitab Jawi lama dari negeri Patani.

Lekelaki
Bermaksud laki-laki; lelaki
Orang tua-tua di Kedah masih menyebut lekelaki


Berkalar
Bermaksud bergelar



…berbuat istana lengkap dengan kota paritnya maka adinda baginda raja muda lah kerajaan di Pulau Tiga kalar baginda itu Sultan Iskandar Muhammad Syah adapun putera baginda itu dulapan orang, lima orang lekelaki dan tiga orang itu perempuan yang lekelaki itu…..


Darimawan= Dermawan



Syahazan baginda itulah yang bertuah lagi berdaulat dan arif bijaksana bangsawan lagi darimawan pada barang segala bicara dan perintah hukum adat negeri…..




Qadah atau Kedah
Inilah satu-satunya perkataan Melayu yang berakhir dengan huruf ‘ha’


Kangsu itu kerajaan baginda lengkap dengan segala orang besarnya adapun tatkala itu bendaharanya Raja Alang anak raja Qadah orang kaya besarnya maka ….. temenggungnya



Tuha = Tua
Bahasa Melayu Aceh masih menggunakan perkataan Tuha untuk Tua. Perkataan ini boleh ditemui juga dalam naskah-naskah manuskrip lain seperti Undang-Undang Kedah


..karana (kerana) baginda itu saudara tuha kepada beta



kecik = kecil
Berasal dari kalimah Parsi kucak, dalam dialek perbualan disebut kecik, bahasa tempatan Azari pula menyebut kecik yang sama dengan dialek Kedah.


….berangkatlah diiringi oleh anakda baginda Raja Kecik……


Sekian Wallahuaklam

1 comment: